Ahli UMNO tidak setuju dengan Zahid, Tok Mat bakal cabar kedudukan Zahid Hamidi ?

Ahli UMNO tidak setuju dengan Zahid, Tok Mat bakal cabar kedudukan Zahid Hamidi ?
Ahli UMNO tidak setuju dengan Zahid, Tok Mat bakal cabar kedudukan Zahid Hamidi ?

MALAYSIA: Rasanya rata-rata sudah mengetahui bahawa UMNO merupakan parti yang mempunyai ahli paling ramai iaitu 3.7 juta. Ini menjadikan parti ini antara parti yang paling ramai ahli di Malaysia.

Jadi disebabkan itu, ada di kalangan ahli parti ini dikatakan telah berbelah bahagi selepas pucuk kepimpinan mereka bersetuju untuk terus menyokong kepimpinan Yang amat behormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu dikekalkan oleh pucuk kepimpinan parti ini sebagai calon Perdana Menteri menjelang PRU ke-15 nanti. Disebabkan ini ada dikalangan ahli UMNO berasa kurang selesa dengan usaha tersebut.

Walaupun begitu tidak dapat dinafikan apabila ada dikalangan ahli UMNO menyokong tindakan pucuk kepimpinan yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin

Ketika ini, UMNO dikatakan terlalu bekrban untuk jawatan Perdana Menteri walaupun secara hakikatnya Muhyiddin Yassin dan partinya tidak mempunyai bilangan kerusi yang banyak di Dewan Rakyat.

Selain itu, ada juga kerusi tradisi UMNO di Johor Bahru mahu diserahkan kepada kem Azmin Ali dalam PRU 15 akan datang. Ini membuatkan perasaan tidak senang dalam kalangan ahli UMNO termasuk veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad sendiri.

Berikut pula adalah pemimpin UMNo yang secara terbuka tidak menyokong tindakan pucuk kepimpinan mereka bagi mengekalkan TSMY sebagai PM. Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordir, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Shahrir Samad dan Datuk Seri Bung Mokhtar.

Disebabkan perkara ini timbul persoalan adakah UMNO di bawah kepimpinan Zahid Zamidi kekal dengna pendirian mereka bagi menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Atau adakah Tok Mat akan bersedia bagi tampil mencabar jawatan Presiden UMNO akan datang…?

Jika benar adakah rakyat akan setuju dengan pemilihan pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri ? Atau rakyat kekal dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dikatakan rakyat begitu selesa dengan kepimpinan YB TSMY ini ?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*