Agenda letak Jawatan Perdana Menteri, Ini Kata2 Muhyiddin dan keadaannya

MALAYSIA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan tenang dan pertemuannya dengan anggota Jemaah Menteri malam ini bertujuan membincangkan agenda dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber memberitahu, suasana perbincangan berjalan lancar dan anggota Jemaah Menteri akan meneliti titah baginda dalam mesyuarat khas Kabinet esok pagi.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, sumber berkenaan juga menafikan Muhyiddin membuat keputusan untuk meletakkan jawatan apabila cadangan Jemaah Menteri supaya darurat diisytiharkan telah ditolak oleh Seri Paduka Baginda selepas bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu.

Sebaliknya, beliau berkata, titah Seri Paduka Baginda itu telah memberi jalan yang luas kepada Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri tanpa gangguan politik.

Katanya, ini adalah kali ketiga Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua pihak supaya berhenti bermain politik dan menumpukan sepenuh .

Selain Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda turut memanggil Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam perbincangan yang bermula jam 2.30 petang tadi dan berakhir kira-kira tiga jam selepas itu.

Istana Negara dalam kenyataan menyusl selepas perbicangan itu memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan memrngi wabak Cooviid-19.

Tiada keperluan isytihar darurat, titah Agong

Al-Sultan Abdullah juga mengingatkan ahli politik supaya berhenti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Tegas baginda, Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Cooviid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Parlimen akan bersidang pada 2 November ini manakala Belanjawan 2021 pula dijadual dibentang pada Jumaat, 6 November.

Kabinet bincang lebih lanjut titah Agong, kata Muhyiddin

Muhyiddin dalam kenyataannya berkata, keutamaan Kabinet beliau sekarang ini adalah memerangi pandemik Cooviidd-19 dan melindungi rakyat. – MalaysiaGazette

Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi.

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri mengambil maklum keputusan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini.

“Jemaah menteri akan berbincang lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Cooviid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin, beliau menjunjung kasih ke atas keputusan yang telah dibuat Yang di-Pertuan Agong serta menyambut baik nasihat baginda bahawa kestabilan negara tidak harus diganggu-gugat. -MalaysiaGazette

Mesyuarat khas Jemaah Menteri bermula

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi di bangunan Perdana Putra di sini.

Kesemua anggota Jemaah Menteri tiba di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu untuk menghadiri mesyuarat yang dijangka membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Dalam titah tersebut, Seri Paduka Baginda menolak cadangan Jemaah Menteri diketuai oleh Muhyiddin supaya darurat diisytiharkan di negara ini bagi membolehkan usaha memerangi pandemik Cooviid-19 dilaksanakan secara bersepadu.

Baginda yakin kerajaan Perikatan Nasional mampu melaksanakan langkah-langkah memerangi wabak tersebut tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

Turut kelihatan memasuki bangunan Perdana Menteri adalah Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa antara yang awal tiba untuk mesyuarat tersebut diikuti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah;Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut kelihatan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, Menteri (Kanan) Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Pendidik, Dr Radzi Jidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Redzuan Md Yusof.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri. – MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*