Addy Kana Macau Scam bakal bebas Kerana ada Pegawai Yang Menjaga. Rakaman Ini Tersebar

MALAYSIA: Baru-baru ini, Tvlar seorang lelaki yang bergelar Dato Addy Kana dan Datin Alya ditahan SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) atas tuduhan ‘Cuci Duit’ Dan Merasuah Pegawai . Segala kerja – kerja haaram yang dilakukannya dibongkar satu persatu.

Tipu duit warga emas, pekerja awam dan pekerja swasta sehinggakan ada yang sanggup membuat pinjaman kerana takut atas ugutan yang dilakukan oleh ‘Scammmer’ ini. Berlakon sebagai PDRM, SPRM, Pihak Makamah dan Pelabagai lagi taktik yang digunakan untuk meniipu duit Mangsa.

Ini adalah bebenang dari pengguna twitter @JalalMisai_2

Walau Addy Kana Ditangkap, Pekerjanya Masih Melakukan Kerja Seperti Biasa https://twitter.com/i/status/1315292951124172800

Pekerjanya beerani jamin Addy Kana pasti akan keluar kerana “Cable” yang dimilikinya. Dia juga memberikan nasihat jangan mengangkat panggilan yang tidak dikenali dan jangan takut jika tidak membuat sebarang salah.

Sumber : https://www.cherasdaily.com/berita-terkini/tular-rakaman-macau-scam-pekerja-berani-jamin-addy-kana-akan-keluar-kerana-pegawai-yang-menjaganya/

Selebriti, ahli perniagaan ‘cuci wang’ Macau Scam dalam senarai SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai senarai individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan yang dikesan terbabit dalam aktiviti ‘mencuci’ wang sindiket Macau Scam.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata individu terbabit diminta menghadirkan diri di SPRM, sebelum dipanggil untuk membantu siasatan.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa (selebriti) yang akan dipanggil tetapi sesiapa yang makan cili mesti terasa pedasnya.

“Mereka yang mungkin pernah menerima (dana sindiket), sila datang kepada SPRM… jika kita panggil sudah tentu ia tidak berapa cantik. Datang pada kita dan kita akan layan dengan baik.

“Kita sudah ada senarai… namun kita tidak mahu menggunakan ayat menyerah diri, tetapi mahu guna ayat yang paling lembut iaitu tampil kepada kita,” katanya dalam temu bual secara langsung menerusi slot ‘SPRM 360’ di MACCfm, hari ini.

Ketika ditanya mengenai sejauh mana individu terbabit mengetahui pembabitan sindiket dalam perniagaan mereka, Azam menegaskan mustahil mereka tidak tahu kerana wang itu biasanya diserahkan dalam bentuk tunai.

“Jenyah pengubahan wang haaram ini membabitkan kesalahan seperti meniipu, rasuah atau merompak bank, yang mana wang itu perlu di cuci.

“Mereka yang menerima wang itu tidak boleh tidak tahu atau berkata mereka tidak tahu.

“Kerana apabila kita siasat, kita akan siasat sampai ke mana wang itu berada (diserahkan). Menubuhkan perniagaan adalah antara cabang wang ini dicuci,” katanya.

BH semalam melaporkan, SPRM menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haraam hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

Empat pegawai kanan terbabit masing-masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang semalam hingga tengah hari tadi, manakala empat lagi ditahan petang tadi.

Semua anggota terbabit bertugas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor.

Memetik sumber, pegawai berpangkat ACP itu bagaimanapun sudah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan, namun seorang lagi pegawai berpangkat Superintendan direman semalam untuk membantu siasatan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani juga mengesahkan penahanan dua pegawai kanan daripada JSJ Bukit Aman yang dipercayai ada kaitan dengan pengubahan wang haraam membabitkan selebriti tanah air.

Sebelum ini, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haaram, termasuk membabitkan selebriti dan usahawan kosmetik.

SPRM juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu ditahan.

BH sebelum ini memetik sumber SPRM berkata, suruhanjaya itu juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Dalam pendedahan sebelum ini, akhbar ini melaporkan, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil peniipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haaram.

LAPORAN SEBELUM INI 

PUTRAJAYA – Lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes penii­puan sindiket Macau Scam di negara ini.

Kosmo Online melaporkan , salah seorang daripada mereka sangat dikenali dalam kalangan selebriti tanah air selain menjalani kehidupan serba mewah.

Menurut sumber, Datuk Seri dan isterinya juga dipercayai se­ring berparti bersama beberapa selebriti popular.

Pasangan itu juga tidak segan silu mempamerkan kehidupan mewahnya di media sosial.

Katanya, Datuk Seri itu dipercayai seorang tauke judi online serta terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haaram.

“Wang hasil kegiatan haaram itu kemudiannya ‘dicuci’ atau digunakan untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya.

“Suspek bergelar Datuk Seri itu juga dipercayai merupakan rakan niaga kepada personaliti yang juga artis,” kata sumber itu semalam.

Terdahulu, kelima-lima individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini semalam untuk mendapatkan pe­rintah tahanan reman.

Kelima-lima suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita tiba di mahkamah ber­kenaan pada pukul 3 petang semalam dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren.

Butiran mengenai tempoh reman kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak dikongsi oleh pihak SPRM walaupun pihak media menunggu hampir lima jam di luar mahkamah tersebut.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan membawa kesemua lima suspek bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Usaha media untuk mendapatkan komen berhubung kes tersebut daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki juga tidak berjaya.

Related Posts

‘Dengan tilam-tilam pesakit angkut balik’ Terkejut jururawat!…

Ini 6 lokasi bahaya lubang benam besar di KL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

  • By mysumber
  • September 4, 2024
  • 21 views
Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 22 views
Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 29 views
Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

Suami rentap tudung isteri depan cashier…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Suami rentap tudung isteri depan cashier…

Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 35 views
Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 29 views
“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…