Abang posmen dan owner anjing settle baik harap dapat kerja balik

Malaysia: PETALING JAYA – Insiden seorang posmen melastik seekor anjing milik seorang penduduk di sebuah taman perumahan di Kluang, Johor baru-baru ini selesai apabila kedua-dua pihak sudah berdamai.

Insiden itu tular dilaman sosial selepas video berdurasi 21 saat yang memaparkan aksi posmen melastik haiwan itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) kawasan berdekatan.

Menerusi perkongsian Aku Budak Kluang di Facebooknya, kedua-dua pihak iaitu posmen dan pemilik anjing telah bertemu semalam dan akhirnya kedua-dua pihak telah berdamai.

“Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ini segalanya dipermudahkan dan telah selesai isu Dollah posmen bersama pemilik anjing.

“Encik Siva dan Puan Magesh sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami dgn penuh kemesraan. Apabila duduk semeja titik persamaan telah dijumpai dan titik perbezaan telah kita hindari,” katanya di laman Facebook semalam.

Tambah hantaran itu lagi, dia mengucapkan tahniah atas sikap profesional orang Kluang dan berharap agar keharmonian masyarakat di Kluang dapat dikekalkan.

“Terima kasih Encik Siva dan Puan Magesh, Dollah dan isteri serta semua yang terlibat mewujudkan suasana damai ini,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang posmen Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang disyaki terlibat dalam kejadian melastik anjing menggunakan gelang getah digantung tugas sementara.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya yang bertugas di Pos Malaysia cawangan Kluang digantung tugas sementara bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan.

Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) juga sebelum ini ada memuat naik video di Facebook memaparkan tindakan posmen tersebut.

Susulan kejadian itu, anjing berkenaan didakwa mengalami keceedeeraan pada mata kiri akiibat perbuatan posmen tersebut.-K! ONLINE.

Di media sosial ramai berharap agar pos Malaysia memberi balik kerja kepada abang posmen ini. Diharapkan pihak pos Malaysia dapat membuat pertimbangan mengenai perkara tersebut.

  • Related Posts

    [VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

    Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

    [VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

    Video :

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

    Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

    Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

    Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’