5 beradik Bertaranum, Bacaan Merdu Kakak dan Abang Qariah Farhatul buat warga maya Terpegun

5 beradik Bertaranum, Bacaan Merdu Kakak dan Abang Qariah Farhatul buat warga maya Terpegun

MALAYSIA: Nama Farhatul Fairuzah bukan lagi satu nama yang harus diperkenalkan di Malaysia apabila wanita ini berjaya menjadi juara dalam pertandingan tilawah al-Quran peringat kebangsaan.

Kebolehannya dalam menghafaz al-Quran dan membaca al-Quran dengan tarannum dipuji oleh rakyat Malaysia.

Tetapi tahukah anda, bukan hanya Farhatul sahaja yang mampu melantunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh kemerduan tetapi kemampuan itu juga dapat dilihat daripada adik-beradiknya.

Farhatul berkongsikan video adik-beradiknya membacakan ayat suci al-Quran secara bertaranum dengan penuh penghayatan. Berikut kami kongsikan kepada anda video berdurasi 3 minit 48 saat yang memaparkan 5 beradik membuat Tarannum Challenge


Warga maya yang menonton vdeo tersebut turut terpegun dan terpesona dengan kemampuan adik beradik Farhatul. Bahkan ada di kalangan warga maya menjadikan keluarga tersebut sebagai inspirasi bagi diri mereka sekeluarga.

Untuk pengetahuan semua, Farhatul merupakan juara Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Manakala kakaknya Norfaizah diangkat sebagai naib juara.

Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 beradik dan merupakan anak kepada pasangan Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah SImin yang juga merupakan bekas qari dan qariah pada suatu masa dahulu.

-Image: SiakapKeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*