2 beradik “Gelang Pink” ingkar Kuarantin

2 beradik Gelang Pink ingkar Kuarantin

MALAYSIA: Nampaknya masih ada lagi yang tidak seedar dan ingkar dengan arahan kuarantin di rumah selepas dipakaikan “gelang pink”. Apa yang sedang berlaku di Kedah disebabkan oleh kluster Sivagangga masih tidak dijadikan pengajaran berguna.

Ini selepas 2 beradik lelaki ditaahan oleh pihak polis kerana melaanggaar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran kerana keluar dari kawasan Ambangan Height, semalam.

Kedua-duanya yang berusia 17 dan 19 tahun itu ditaahaan ketika menunggang motosikal berhampiran jalan kawasan Sekolah Rendah Ambangan Height, di sini jam 10.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika itu pasukan pemantauan tugas Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bedong dan ternampak motosikal yang ditunggangi dua beradik itu sebelum meenaahaannya.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan itu dijalankan, mereka didapati memakai gelang berwarna merah jambu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Komuniti Ambangan Height untuk tindakan lanjut kerana gagal memberikan alasan munasabah ketika berada di luar rumah tanpa tujuan dan membahayakan orang lain berikutan pandemik CoV-19.

“Mereka hanya memberi alasan untuk ke rumah datuk mereka dan sudah diambil keterangan sebelum diberikan jaminan polis selepas keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan / Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Peenyaak1it Beerjangk1it 1988.

Khamis lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD Secara Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani sejak Jumaat lalu sehingga satu tempoh yang akan diumumkan, membabitkan Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Sungai Petani.

PKPD Secara Pentadbiran itu membabitkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah dan semua mereka akan disaring.

2 kluster baru dikesan

Pada laporan berbeza sebelum ini Dua kluster baharu CoV-19 dilaporkan di Selangor dan Kedah, semalam

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster MV Glen dikeesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor dengan kes indeks kluster dilaporkan positif pada 25 Ogos lalu.

Beliau berkata, Kluster Telaga pula dikesan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Katanya, kes indeks bagi Kluster MV Glen adalah seorang kru kapal yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan diberi raawaatan.

“Saringan CoV-19 dijalankan dan sehingga hari ini, lapan orang sudah disaring dalam kluster ini.

“Dua kes dikesan positif cov-19 manakala enam individu adalah negatif.

“Kes indeks bagi kluster ini adalah kes import membabitkan seorang bukan warganegara manakala kes kedua adalah kes tempatan warganegara Malaysia iaitu ejen dilantik oleh syarikat perkapalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*