Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif CoV-19. Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP

Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif CoV-19. Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP

MALAYSIA: Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, kes CoV-19 melibatkan individu daripada Sabah hanya sekitar satu peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan wartawan yang meminta penjelasan dakwaan peningkatan kes CoV-19 adalah berpunca daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Yang balik daripada Sabah yang telahpun dibuat saringan ialah 13,000 lebih dan 130 lebih didapati positif iaitu satu peratus dariapda mereka yang kembali daripada Sabah.

“Ramai rakyat yang panik seolah-olah separuh (positif). Kalau separuh, 7,000 lebih dah positif.

“Ini 132 dan bercampur-campur daripada orang politik yang pergi berkempen, kita tidak menafikan, tetapi termasuk juga pelancong-pelancong, orang mempunyai tugas rasmi di Sabah.

“Jadi bukanlah orang politik semata-mata,” katanya, menjelaskan prosedur kuarantin bagi individu yang baru pulang di negeri tersebut.

Ujarnya, individu yang baru pulang dari Sabah perlu menjalani ujian swab dan kuarantin sehingga diputuskan negatif.

Individu yang sah negatif dibenarkan untuk mengakhiri kuarantin, namun digalakkan untuk meneruskan kuarantin sehingga 14 hari.

“Selepas mengadakan ujian swab, mereka dipakaikan gelang kuarantin. Memang tempoh kuarantin 14 hari.

“Tetapi perjalanan antara negeri, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan, individu yang mendapat keputusan negatif boleh ke pejabat kesihatan untuk memotong gelang tersebut dan pejabat kesihatan akan memberi surat pelepasan kuarantin kepada mereka.

Pun begitu, KKM menasihatkan supaya mereka terus menjaga kebersihan dan menggalakkan kuarantin kendiri jika individu tersebut tidak yakin atau risau boleh menjangk1iti individu lain, walaupun mereka telah negatif. Walaubagaimanapun, kuarantin kendiri selama 14 hari bukanlah mandaat0ri, katanya.

Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP Semula Seluruh Negara – Ismail Sabri

Kerajaan belum bercadang untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang dibayangkan oleh ramai pihak.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan jumlah kes jangki1tn yang dilaporkan hanya bertumpu kepada kawasan tertentu dan bukan secara rawak.

“Kita tidak mengisytiharkan PKP kerana kalau kita lihat semalam, walaupun 287 kes, hari ini mungkin bertambah lagi agaknya. (Contohnya) 113 kes di Sabah melibatkan 35 dari Kluster Benteng yang berada dalam pnjara, 129 kes di Kedah, 128 berada dalam pnjara.

“Kalau kita tengok seluruh negara, di negeri-negeri ini, hanya Selangor saja yang 31 kes, belum sampai lagi tahap Zon Merah iaitu 40 kes. Negeri-negeri lain satu hingga tiga kes saja (misalnya) Perlis 0 kes, Johor KL Pahang Labuan satu kes, Kelantan Negeri Sembilan dua kes dan Perak Terengganu tiga kes.

“Jadi kalau kita tengok satu ke dua kes setiap negeri, jadi (ia) tidak merupakan satu perkara yang membimbangkan,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tambahnya lagi, tidak ada kemungkinan untuk dilaksanakan perintah PKP di seluruh negara kerana CoV-19 masih lagi berada di sekeliling rakyat.

“Esok lusa mungkin ada orang lain akan kena CoV-19 ini.

“Jadi kalau satu dua kes kita akan lock satu negara, sampai bila pun negara negeri kita tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan di seluruh negara kerana satu dua kes ini,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, jelas Ismail, arahan PKPP sebaliknya hanya akan dilaksanakan kepada zon kawasan yang disasarkan sahaja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*