0KU M4KAN DAN T1DUR DALAM KERETA

MALAYSIA: Nasib setiap orang tidak tidak akan pernah sama. Ada yang dapat nasib baik dan ada juga yang sebaliknya.

Seorang warga emas yang dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendapat perhatian Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu apabila ditemui tinggal di dalam sebuah kenderaan.

Perkara itu dilaporkan penduduk setempat kepada pusat kebajikan bagi meninjau keadaan pakcik berkenaan sekali gus memberi penginapan baharu kepadanya sebelum dihantar ke rumah kebajikan..

Hanya tinggal dalam kereta

Menerusi perkongsian melalui laman Facebook Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato Wira Amiruddin Hamzah berkesempatan meninjau keadaan pakcik berkenaan yang dilaporkan menginap di dalam sebuah kereta di Kampung Jalan Tandop Chegar, Pendang, Kedah.

Difahamkan, pakcik tersebut tiada tempat tinggal atau rumah dan hanya memiliki kereta sahaja untuk berteduh. Sejurus melihat keadaan tersebut, pihak JKM telah memproses permohonan untuk bantuan kewangan bulanan bagi perbelanjaan lelaki itu.

Sementara itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kubang Pasu pula bercadang untuk menyewakan sebuah rumah untuk lelaki ini tinggal sementara waktu bagi proses menghantarnya ke rumah kebajikan.

Sewakan rumah

Difahamkan, lelaki berkenaan telah dihantar ke rumah transit sementara buat tempoh dua minggu. Lelaki itu juga akan tinggal di sebuah rumah sewa untuknya menetap sementara atas bantuan YB Dato Wira Amiruddin Hamzah.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Dun Jitra turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah melaporkan hal ini kepada pihak bertanggungjawab.

  • Related Posts

    Lelaki Terlanggar Isteri Sehingga Maut, Ini Puncanya

    Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terlanggar mangsa di Taman Selasih “Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika isteri mangsa keluar dari kereta berkenaan kerana tertinggal barang di dalam…

    Kebanyakkan rakyat tak sokong Najib diampun Agong

    dυα ρєтiѕуєη dilαηcαrкαη dαlαм тαliαη вєrкαiтαη ρєηgαмρυηαη dirαjα вαgi мємвєвαѕ dαη мєlєραѕкαη вєкαѕ ρєrdαηα мєηтєri, dαтυк ѕєri ηαjiв rαzαк, мєηdαραт υηdiαη вєrвєzα. ρєтiѕуєη вєrкєηααη dilαηcαrкαη di ρlαтƒσrм cнαηgє.σrg. iтυ αdαlαн…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    [VIDEO] Aliff Syukri Dikenakan Tindakan?

    [VIDEO] Aliff Syukri Dikenakan Tindakan?

    [VIDEO] Kata2 Netizen Menguris Hati Ernie

    [VIDEO] Kata2 Netizen Menguris Hati Ernie

    [VIDEO] Komen YB Akmal Keatas Aliff Syukri Disokong Netizen “Habis la dia lepas ni”

    [VIDEO] Komen YB Akmal Keatas Aliff Syukri Disokong Netizen “Habis la dia lepas ni”

    [VIDEO] Tak Tahan Dengan Perangai Aliff Syukri, Ini Komen Padu Amin Idris

    [VIDEO] Tak Tahan Dengan Perangai Aliff Syukri, Ini Komen Padu Amin Idris

    [VIDEO] Individu Ini Tunjuk Bukti Dakwa Bekas Isteri Syuk Jadi Penyondol?

    [VIDEO] Individu Ini Tunjuk Bukti Dakwa Bekas Isteri Syuk Jadi Penyondol?

    [VIDEO] Nazim Othman Tayang Foto Raih Perhatian Para Wanita

    [VIDEO] Nazim Othman Tayang Foto Raih Perhatian Para Wanita